Wednesday, May 18, 2011

AWAS!!! Undi dipindahkan...


Umno jangan leka walaupun sejak kebelakangan ini orang melayu telah banyak beralih sokongan menyokong perjuangan mereka. Berdasarkan kepada keputusan beberapa pilihanraya kecil yang di adakan di berberapa kawasan Dun yang lalu.

Untuk memenangi pilihanraya bukan saja kita perlu kepada sokongan orang melayu, malah pengundi2 bangsa lain juga perlu di ambil kira. Yang penting ialah segala usaha ke arah memenangi pilihan raya harus di teruskan.

Masih terdapat ramai lagi ahli-ahli Umno yang belum berdaftar sebagai pengundi.

Sekarang pula ada di laporkan berlaku perpindahan pengundi yang dilakukan oleh parti pembangkang. Ini adalah satu perkara yang tidak harus berlaku dan patut di pantau pehak SPR. Di laporkan juga bahawa pengundi2 tidak di maklumkan tentang perpindahan ini.

Menurut kata seorang rakan dari kedah yang menyemak daftar pengundi terkini,  kawasan yang di kuatiri tewas, pehak Pakatan Rosak telah pun membuat perpindahan pengundi dengan bilangan yang ramai, ini bagi memastikan mereka kekal berkuasa di kedah.

Perkara ini juga di akui oleh Ketua Pergerakan Wanita Umno dalam gerak kerja yang di lakukan oleh wanita umno, mereka berjumpa banyak nama2 pengundi telah di pindahkan.

Disarankan kepada pengundi untuk menyemak daftar pemilih yang terkini di pejabat pejabat SPR atau pun melaui laman web, agar dapat memastikan perkara2 seperti di atas tidak berlaku kepada mereka.

Undi itu adalah hak anda, jangan biarkan orang lain yang menentukan apa yang anda mahu pilih. Jadi lah rakyat yang perihatin kepada negara sendiri. Jika silap percaturan yang akan menerima bebannya adalah kita juga.

"Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna."

Untuk mendaftar sebagai pengundi...Klik pada tajuk di bawah:
SEMAK DAFTAR PEMILIH

No comments:

Post a Comment