Friday, May 20, 2011

Siapa yang makan Cili Giling dia akan rasa pedasnya...


Budi bahasa budaya kita, budaya orang melayu, budaya yang makin terhakis. Dulu-dulu kalau kita terserempak dengan orang yang lebih tua, perkara pertama orang kita melayu buat ialah sapa menyapa, sekurang-kurangnya "asalamualaikum", jalan pun sedikit menunduk tanda hormat, bersalaman cium tangan. kalau kita tidak menegur bagaikan menjadi satu kesalahan, Sudah menjadi satu tuntutan dan amalan ketika itu. Zaman saya dulu la.

Orang tua tempat kita mendapat khidmat nasihat, tidak kira dia belajar tinggi mana pun tetap kita hormat. Tapi kalau zaman dulu-dulu memang kurang lah yang belajar tinggi-tinggi kebanyakan nya habis sampai darjah 6 saja atau pun standard 6. Ada lah beberapa kerat yang terus sambung belajar ke tingkat yang lebih tinggi dan gulungan itu tidak ramai pada masa itu.

Disini saya bukan mahu bercerita tentang pencapaian pelajaran tetapi mahu bercerita tentang perangai seorang kenalan yang saya rasa sudah hilang nilai nilai kemelayuan nya. Zaman yang berubah dengan serba segera ini, banyak mempengaruhi sikap sikap gulungan muda. Mereka sudah lupa tata susila, mungkin ibu bapa sudah tidak mengajar mereka lagi tentang ilmu sivik. Masa dulu ada mata pelajaran sivik di sekolah di samping kita berlajar ilmu sivik, segala pelajaran sivik juga kita kutip daripada  perangai ibu bapa dan jiran jiran.

Dengan perubahan sosial ekonomi serta geogarafi politik negara telah banyak menghakis sikap sikap kemelayuan anak anak melayu. Ramai sungguh mereka yang tidak lagi mengamalkan apa yang orang dulu- dulu amalkan. Orang yang lebih tua tidak lagi di hormati, pemimpin di caci, tiada lagi jalan menunduk, tiada lagi salam berciuman tangan, maklum lah mereka kini sudah berpelajaran tinggi, berlajar di universiti. Sekolah pondok sudah ketinggalan zaman dan tidak laku lagi. Ramai yang sudah mendabek dada. Belum di tanya pun sudah bercerita berlajar di sini sana, kerja apa....., orang universiti lah katakan....!!!

Kenalan saya ini memang hebat, berbadan besar, tinggi orangnya. Kalau sekali lihat ada gaya pemimpin besar. Otak nya memang ligat, cita cita nya memang tinggi, pelajaran tak tahu lah saya setakat mana, saya pun tak nak tanya, sudah menjadi sikap saya tidak mahu mengambil tahu hal orang. saya pun tak berminat.

Dia sekarang memegang jawatan dalam politik, kalau nak di kirakan jawatan nya memang lah tinggi, boleh mengegarkan satu negeri. Masa mula kenal dia, saya anggap dia memang calun sejati, tapi masa itu tingkah dan laku nya belum saya kenali.

Tapi sejak kebelakangan ini, saya memang meluat dengan sikap nya, ramai juga orang yang sudah mula tidak menyukainya. Sikapnya mula terserlah, daripada yang kita sangka baik berubah sebaliknya. Dia mula kurang ajar, pemimpin atasan sudah tidak di hormatinya. Tetapi saya rasa dia memang tidak berubah. Itu lah sifat nya yang sebenar. Cuma dia tidak berlakon lagi. Emmmm....

Saya masih ingat bagaimana dia dibelai dan dipuji oleh pemimpin atasan, nama nya di sebut-sebut sebagai asset parti. Bakal penganti pemimpin negeri, hahahaaa apa dah jadi?

Kalau kau bercakap orang lain semuanya salah, macam kau sorang saja yang betul. Kau tak sedar yang kau itu sebenarnya di perhatikan orang, di nilai dan mereka semua kebanyakkan nya dah mula mengutuk kau. Adalah beberapa kerat saja yang menyokong kau, itu pun mereka2 ini semuanya yang cari makan dengan kau.

Dulu ramai yang tolong menaikkan kau kepersada, kesilapan kau orang tutup sebab sayang kat kau. Walaupun ramai yang meluat tapi mereka masih mempertahankan kau. Sebab mereka ingat kau sorang perjuang. Hebat lakonan kau! Sehingga mereka yang tak mengenali kau semua terpikat. Tapi sekarang tidak lagi, mereka dah masak dengan perangai kau. Saya tengok mereka sudah ada strategi, saya tahu kau pun ada, tapi ingat mereka tidak akan menyokong kau lagi! Ini semua angkara kau sendiri.

Ingat tak masa dulu? ketika jawatan kau di pertandingkan, kau hampir tewas tapi di umum menang, tapi memang kau tewas pun berberapa undi, ingat lagi? Nasib ada kawan2 kau yang tolong! Mereka ini dah tahu perangai dan masaalah kau. Kau hipokrit !. Mereka dah menyesal menolong kau sekarang. Mereka dah buka pekong kau, kau kalah pertandingan semua orang dah tahu.!

Berubahlah saudaraku demi Agama Bangsa dan Negara, bukan demi perut kau saja. Buang sikap buruk tu, kau pun dah maju sekarang dengan mengunakan jawatan tu. Sikap tu kena ubah, bercakap jangan suka meninggi, jangan selalu baling batu sembunyi tangan. Buat kerja dengan iklas, jangan asyik nakkan habuan saja. Jadi pemimpin ni kena banyak berkorban bukan nak mengorbankan, kerana pemimpin adalah anugerah. Nasihat ini saya sampaikan supaya kau boleh bertahan lama, kerana setiap perbuatan kau itu adalah ujian dari Allah. Ingatlah perpatah melayu "Buat baik di balas baik, buat jahat jangan sekali"

Kalau nak lantang pun kena pandai la. Kau kutuk pemimpin sendiri tu elok ke? Sebab kau sendiri bukan bagus sangat pun. Cuba kau nilai balik bantuan dan pertolongan yang telah di beri kepada kau selama ini. Sehingga kau menjadi keperingkat ini. Jangan cepat lupa diri.!! Masih belum terlambat untuk kau perbaiki.

Saya hanya nak menasihatkan saja untuk kepentingan bersama, kalau kau nak dengar, bagus lah. Tapi kalau tak mau dengar, kau akan hanyut la bro.!!! Saya lah juga yang akan menentang dan akan terus menulis berkenaan engkau. Hari ini saya masih hormat, tapi satu hari nanti, kalau tak berubah juga, saya siar semua biar orang baca. sebab niat saya iklas nak membantu.! Sekian.

No comments:

Post a Comment