Isu-isu yang di bawa pemerintah yakni Umno seperti isu bumiputera, lot bumiputera, tanah adat, kuota bumiputera semuanya di tentang oleh DAP sejak daripada Penubuhan Parti itu hingga ke hari ini.
DAP adalah duri dalam daging kepada rakyat malaysia terutamanya orang-orang Melayu, kerana sejak dari ia nya mula di tubuhkan, selepas parti PAP di singkir daripada Malaysia, DAP tidak pernah berhenti daripada mempertikaikan hak-hak orang melayu, walau pun sudah termaktub di dalam perjanjian dan perlembagaan negara, mereka masih terus menerus mempertikaikan nya.
Kalau dulu DAP memang tidak di senangi oleh orang-orang melayu, baik orang-orang UMNO maupun PAS, tetapi sejak akhir-akhir ini, keadaan sudah menjadi sebalik nya. Penyokong-penyokong parti pembangkang terutama nya PAS dan PKR telah mula memberikan sokongan mereka kepada DAP.
Pemimpin PAS dan PKR banyak mengeluarkan fatwa dan arahan supaya penyokong-penyokongnya mengundi DAP, menjulang bendera dan panji-panji DAP melebihi panji-panji parti mereka sendiri, kalau dulu usahkan menyokong, bersalaman dengan orang-orang DAP pun adalah HARAM.
Kini mereka bergabung dan memberi sokongan kepada DAP, hanya untuk menumbangkan parti pemerintah BN dan untuk memerintah pula. Mereka tahu sekiranya sebahagian orang melayu mengalihkan sokongan kepada DAP maka banyak kerusi-kerusi yang di tandingi oleh BN terutamanya kerusi-kerusi dari parti MCA dan Gerakan akan mereka tawan, seperti yang berlaku pada pilihanraya 2008 tempohari.
Banyak kerusi-kerusi yang di tandingi oleh MCA dan Gerakan tewas. Percaya lah walaupun BN di wakili oleh MCA, MIC, Gerakan dll, tapi yang memimpin dan yang menjadi Imam nya tetap UMNO dan Melayu.
Disini ingin saya nyatakan bahawa cara yang di lakukan oleh PAS dan PKR ini hanya akan melemahkan orang-orang Melayu sahaja, dan perjuangan untuk memertabatkan islam juga akan menjadi lemah, lihat lah di sekeliling anda sekarang, agama Islam di cerca dan di permainkan oleh penganut-penganut agama lain.
Tiap-tiap hari Islam di tindas dan di kotorkan kerana ada segulungan orang-orang Islam seperti Parti PAS mengalakkannya dan penganut agama lain menjadi berani kerana tingkah laku mereka ada yang mempertahankan.
Dulu semasa saya masih kecil di Malaysia ini, tidak ada yang berani menganggu gugat kesucian agama Islam, semuanya kerana orang melayu yang di pimpin oleh UMNO pada waktu itu sangat kuat dan bersatu dalam mempertahankan hal-hal Bangsa dan Agama Islam.
Tetapi sejak akhir-akhir ini bermacam-macam isu telah berlaku dan di biarkan saja oleh pemimpin pemimpin parti PAS dan PKR yang mengaku memperjuangkan Islam dan bangsa, kerana mereka mahu lihat UMNO kecundang sebagai pemimpin orang-orang Melayu.
Mereka sanggup mengeluarkan fatwa2 mengelirukan bagi memastikan pengikut-pengikut mereka menyokong DAP.
Percaya lah tujuan utama mereka hanyalah nak melemahkan UMNO dan BN sahaja. Persepakatan mereka hanyalah sementara dan agenda mereka pendek berbanding dengan agenda BN yang memandang jauh kehadapan, dan telah terbukti selama BN memerintah Islam terus Gah di persada.
Kita telah lihat banyak bukti bahawa mereka tidak ada persepakatan, lihat saja kerajaan negeri Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan semua nya menjadi haru biru dengan pemerintahan yang berlainan cara, tidak ada keseragaman.
Banyak janji-janji pilihanraya tidak dapat di tunaikankan kerana cara dan matlamat parti tidak sama. Janji2 pilihan raya yang banyak di janjikan kepada rakyat tidak dapat di lunaskan, akan ada pelbagai lagi janji-janji manis seperti yang tertera di dalam buku jingga akan keluar menjelang pilihanraya ke 13 nanti.
Percayalah buku jingga akan hanya menjadi buku karangan saja yang penuh dengan angan angan, walaupun mereka menang nanti.
Orang-orang melayu jangan mudah terperdaya, dengan janji-janji manis ini, kita telah ada banyak merasai pengalaman di jajah oleh pihak asing. Malaysia ini tanah tumpah darah nenek moyang kita.
Harus di jaga hingga ke titisan darah terakhir. Apalagi yang ada pada kita kalau bukan KUASA PEMERINTAHAN. Jangan biarkan mereka memperjudikan Bangsa dan Agama hanya kerana mahu mencuba untuk memerintah pula.
Mari kita ajar mereka yang rakus dan tamak untuk memerintah ini. Biar kita yang menentukan siapa yang layak memerintah.
Ayuh kita bina ketemadunan Melayu, di samping kita menegakkan kesucian agama kita, Islam.
Biar lah hidup berakal, jangan lah hidup diakalkan.
Bak kata perpatah Melayu "Jangan lah nanti sudah terhantuk baru nak terngadah",
"Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna",
"Tak kan Melayu hilang di dunia",
"Hidup Melayu....Hidup Melayu...Hidup Melayu"
Assalamualaikum, salam 1Malaysia
ReplyDeletesaya mewakili pihak mykmu.net ingin menarik perhatian pihak tuan
bahawasanya...laman web mykmu.net akan mengadakan Majlis Himpunan penulis
penulis maya (blog Politik shj) pada 14, 15 Oktober 2011, Insya'Allah ..Perdana
Menteri Malaysia akan turut menghadiri majlis tersebut…
Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu penginapan akan disediakan dan voucer minyak pecuma….
Mohon pada pihak tuan agar memyebarkan berita ini kepada rakan rakan tentang perkara ini....
Tuan boleh menghubungi saya di email cranell@mykmu.net merangkap
setiausaha kerja mykmu.net bagi sebarang pertanyaan dan pengesahan.
jika berminat sila berikan nama, namablog dan no fon di email tertera diatas untuk pendaftaran dan segala detail mengenai majlis tersebutkan akan disms kepada pihak tuan..
segala kerjasama pihak tuan amatlah dihargai....